Friday 10 October 2014

Tahniah Cikgu Haiqal! Keputusan APTIS Terbaik SK Layon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Hari ni admin ingin berkongsikan satu berita yang sangat menggembirakan kami warga SK Layon dan warga daerah Nabawan atas kejayaan salah seorang daripada guru kami yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Ujian APTIS dengan pangkat C1. Untuk pengetahuan semua, Ujian APTIS ini merupakan ujian yang dikelolakan oleh badan antarabangsa iaitu British Council untuk menguji tahap atau standard penguasaan guru-guru Bahasa Inggeris di seluruh Malaysia. Berbeza dengan penggredan peperiksaan biasa, sistem skor APTIS menetapkan pangkat A1 ialah tahap yang paling lemah sehinggalah C2 iaitu tahap yang paling tinggi.

Orang yang dimaksudkan ialah Cikgu Haiqal Bin Abdullah Chik, seorang guru Bahasa Inggeris SK layon yang sangat berdedikasi dan berkaliber. Sentiasa memberikan kelainan di dalam pengajaran dan optimistik dengan tugasan yang diberikan. Yang menjadi kegembiraan kami juga, Cikgu Haiqal merupakan antara 4 orang guru Bahasa Inggeris Nabawan, Sabah yang mendapat pangkat C1 dalam Ujian APTIS dan juga satu-satunya guru lelaki yang di dalam 4 orang tersebut (bagi kumpulan yang mengambil aptis pada ketika itu. Terdapat banyak kumpulan yang mengambil ujian aptis ini)

Walaupun begitu, tugas Cikgu Haiqal tidak berhenti di sini sahaja. Beliau akan terus menggunakan kepakaran di dalam bidang Bahasa Inggerisnya untuk menabur bakti dan berkongsi ilmunya dengan pelajar-pelajar SK Layon dan juga kami guru-guru sendiri. Semoga dengan pengiktirafan ini, Cikgu Haiqal dapat berusaha dengan lebih cemerlang untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran anak-anak di SK Layon.

Melestari Pendidikan, Mengharmoni kehidupan.

Admin

0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka