Monday 16 March 2015

Program 'English Day Level 1'

Selamat datang wahai peminat SK Layon. Terima kasih datang ke blog sekolah kami yang boleh lah dikira sebagai blog yang baru lagi. Adik-adik lagi ni. 

10 Feb 2015 - SK Layon kembali lagi dengan inovasi dan perkembangan baharu dalam dunia pendidikan. Buat julung-julung kalinya SK Layon mengadakan program English Day Level 1 yang merupakan penjenamaan semula kepada Klinik Linus Bahasa Inggeris dengan menggabungkan elemen pendidikan dan didik hibur. Wakil SK Layon yang dihubungi, En. Mohd Haiqal telah mengatakan bahawa sememangnya program ini dirancang untuk merapatkan jurang perbezaan penguasaan Bahasa Inggeris antara pelajar Linus dan pelajar biasa. "Program ini memberi seribu satu makna untuk pelajar Linus dan pelajar biasa kerana mereka boleh duduk bersama, melakukan aktiviti dan merehatkan minda tanpa memikirkan tahap penguasaan mereka'. Demikian kenyataan beliau setelah diwawancara oleh agensi berita kami.

Salah seorang daripada barisan ibu bapa yang hadir yang sempat kami wawancara iaitu En. Makiong Kinayoh, sangat menyokong program yang diadakan ini dan berharap agar pihak sekolah SK Layon akan mengadakannya pada setiap tahun. Ternyata, program ini memberikan impak yang positif di mana semua murid dan juga ibu bapa dapat bersama-sama mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan berkesan.

Dilaporkan oleh:
Berita Nabawan, Wadah Pendidikan Pedalaman


Kami mengucapkan terima kasih kepada warga agensi Berita Nabawan kerana sudi hadir dan melaporkan program kami. Semoga bertemu lagi. Hehe.

Sesi mewarna

Ibu bapa berada disamping murid-murid - meningkatkan lagi keyakinan murid-murid menjalankan aktiviti

Ibu bapa sedang menyertai pertandingan 'Know Your Words' bersama-sama anak-anak. Aktiviti Know Your Words meruapakan aktiviti yang hanya melibatkan pergerakan dan anak-anak perlu meneka perkataan tersebut (huruf demi huruf)

Murid sedang berinteraksi bersama ibu bapa dalam aktiviti 'Know Your Words' dengan mencari huruf untuk membentuk perkataan.

Gaya ibu-ibu yang menari 'cha-cha' dalam aktiviti Know Your Words. Hehe

Murid sedang meneliti setiap huruf yang diteka.

Murid memperlihatkan perkataan-perkataan yang diteka oleh mereka.

Di antara hasil aktiviti mewarna tahun 1

Aktiviti Puzzle untuk tahap 2
Murid Tahun 1

Murid Tahun 1

Murid Tahun 1

Murid Tahun 1

Murid Tahun 1

Murid Tahun 1

Sidang Ibu Bapa, Murid dan guru untuk Program English Day Level 1

Orang kuat Program English Day 1 Cikgu. Mohd Haiqal (Kiri) dan dibantu oleh cikgu shamsul 

Barisan lembaga pengelola Program Dari Kiri (cikgu shamsul naim, cikgu Achilles, cikgu Haiqal). Duduk dari kiri (cikgu Wilson, dan YDP PIBK SK Layon, En. Makiong)


0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka