Monday 11 May 2015

Apa itu Ujian APTIS?


Apa itu Ujian APTIS?

Aptis adalah alat penilaian bahasa Inggeris yang inovatif dari British Council. Ia direka untuk membantu organisasi dan institusi mengenal pasti standard bahasa Inggeris dan memilih kakitangan atau pelajar dengan kemahiran yang betul. Aptis merupakan produk perniagaan-ke-perniagaan untuk digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan dan institusi untuk menanda aras tahap bahasa Inggeris pekerja mereka, pekerja yang berpotensi, pelajar ataupun guru.

Tahap ujian Bahasa Inggeris adalah dari A1-C yang berteraskan kepada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Dalam masa yang sama, Aptis adalah ujian Bahasa Inggeris untuk orang dewasa (16 +), yang boleh menilai keupayaan dalam keempat-empat kemahiran Bahasa Inggeris iaitu bercakap, mendengar, membaca dan menulis.

Aptis boleh digunakan untuk menilai keupayaan dalam keempat-empat kemahiran bahasa Inggeris - membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Ia juga boleh digunakan untuk menguji hanya satu atau dua kemahiran, seperti membaca dan mendengar (digabungkan dengan tatabahasa dan kompenen perbendaharaan kata ). Selain itu, Aptis dibangunkan dengan tujuan untuk menguji 'pakar' Bahasa Inggeris dengan berdasarkan penyelidikan terkini dalam penilaian, Aptis adalah cara yang lebih bijak untuk menilai bacaan Bahasa Inggeris, menulis, mendengar dan bertutur.

Jadi, sama ada keperluan ujian anda adalah untuk pengambilan atau pembangunan tenaga kerja, penilaian pelajar atau latihan, Aptis adalah mekanisme terbaik untuk penilaian Bahasa Inggeris anda!

Berikut adalah kriteria penggredan Ujian Aptis.


 * Dua orang guru SK layon telah mengambil APTIS ini. Seorang telah mendapat C1 dan seorang lagi telah mendapat B2. Untuk Program Kerjasama British Council dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, penggredan C dipisahkan kepada dua iaitu C1 dan C2. C2 adalah yang paling baik.

 Silakan memuat turun folder Aptis untuk dibuat rujukan dan mencuba Aptis secara kendiri. Semoga berjaya.

1 comments:

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka